Apa Kata Mereka?

"Sugarcraft adalah sesuatu yang amat seni dan tersendiri. Umpama kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Puas saya mencari ‘guru’ yang paling sesuai untuk mempelajari teknik sugarcraft di Malaysia. Alhamdulillah akhirnya saya dikenalkan secara tidak langsung dengan Puan Faridatul Azna (TDT Founder) melalui FB. Hasil kerja beliau amat ‘best’. Dari utara saya bertekad untuk ke TDT untuk menimba ilmu. Alhamdulillah niat dan tindakan saya bukan sia-sia. Saya telah berjumpa dengan seorang yang bukan sahaja berjaya berkongsi ilmu yang selama ini saya dambakan tetapi juga Puan Faridatul Azna telah berjaya memberi semangat untuk saya ‘buka pintu’ bakeri yang selama ini hanya beroperasi melalui ‘pintu kecil’. Hasilnya BELLARIA kini telah mengorak langkah...alhamdulillah. Apa yang boleh saya simpulkan jika anda ingin belajar teknik sugar craft di TDT...ialah jangan berfikir panjang, anda sedang membuat pilihan yang tepat. Kelas yang santai namun berisi. Terima kasih & syabas Puan Faridatul Azna!!! "

Puan Rohaida, Pemilik Bellaria Bakery Alor Setar

"My apartment is facing a swimming pool and a beautiful green hill. Yes, it is a nice scenary to see, but the air here is too wet. And its worst during raining season.This humudity is bad for my cakes. It made my sugarpaste turns soft. However things have changed since I attended the Sugarpaste class at The Dessert Table. The flowers I made nearly a month ago still stands proudly in the vase. Alhamdullillah not only I found the perfect sugarpaste recipe, I learnt to make breathtakingly beautifully peonies, hydrangeas and tiger lilies. All of which few of my favourite flowers! And I owe all these to TDT. Thanks Farida, you are an awewsome 'Sifu'."


Niza Umar, Human Resource Manager Scomi


"Sangat-sangat gembira! Dan sedang dilamun cinta dengan sugarflowers. Suami saya macam tak percaya yang isteri dia mampu menggubahnya."


Nurhuda Shamsudin

"Sebelum saya mengenali TDT, saya masih tercari2 siapa dan di mana boleh saya berguru dalam mempelajari dan mendalami dalam membuat sugar flower. sehingga lah saya mengenali TDT (kak farida) saya terus jatuh cinta dengan hasil tangannya yang saya sendiri lihat dari FB fan page kak farida pemilik TDT. Dari situ saya simpan wang dan angan2 saya mesti belajar sugar flower dari kak Farida. alhamdulilah, impian saya menjadi kenyataan apabila class pertama yang saya hadiri saya belajar macam mana nak membuat gumpaste sendiri tanpa membeli di kedai2. sedangkan saya sendiri tertanya2 bagaiman nak membuat gumpaste kerana harganya sangat mahal di pasaran.

"Syukur, dari situ juga saya terus ke peringkat lebih tinggi dgn mengambil class sugar flower part 2. kini dengan ilmu yang ada, yang kak farida kongsikan bersama, boleh saya gunakan untuk mengembangkan lagi business saya Cake Artis yang sedang berkembang maju. ALHAMDULILLAH ALLAH dah tunjukkan jalan di mana saya boleh mencari ilmu. insyaALLAH pada masa depan saya juga boleh menjadi guru kepada anak2 murid saya yang ingin belajar dan mempelajari asas membuat sugar flower dan membentuknya menjadi seolah2 sekuntum bunga yang nampak "real" Terima kasih cikgu farida, dan syabas saya ucapkan."

Siti Illyani, Pemilik, Cake Artis Kelana Jaya




Puan Zarina Shaari

"Alhamdulilah. Sangat membanggakan dan berjaya dalam kelas ini. Mudah, serta sangat mengujakan. 

Hati berbunga-bunga seperti bunga yang dibuat hari ini. Tahniah TDT dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang deko kek."

Suri Mohd Idris