Pengenalan


Kesemua gambar di atas adalah hasil kerja oleh para peserta kelas-kelas Sugar flowers kami yang lepas. Kami berharap gambar-gambar di atas dapat memberi inspirasi pada anda yang baru mula ingin menjinakkan diri dengan seni dekorasi Sugarflowers.


Kelas-kelas sugar flowers kami terbahagi kepada Kelas Asas dan Kelas-kelas Intensif. Sekiranya anda belum pernah lagi bermain dengan Sugarflowers sebelum ini, kami menggalakkan anda untuk mendaftar kelas Asas dahulu bagi membiasakan diri anda dengan sifat Sugarflowers.


Bagi anda yang telah biasa dengan asas Sugarflowers dan ingin meningkatkan tahap skil kepada yang lebih tinggi, anda boleh mendaftar dengan kelas-kelas Intensif kami yang telah kami bahagikan kepada beberapa modul.


Bunga-bunga ini tidak akan diletakkan diatas kek semasa dalam kelas kerana penekanan diberikan kepada cara-cara yang betul untuk membuat bunga dan dedaunan oleh tenaga pengajar. Walaupun begitu cara-cara penyusunan bunga diatas kek mungkin boleh dibincangkan semasa didalam kelas.


Jika anda inginkan agar tenaga pengajar menunjuk cara yang baik untuk menyusun bunga-bunga, anda boleh membawa dummy cake anda sendiri untuk dihias diakhir kelas.


Anda bebas untuk memilih mana-mana modul atau ambil sekali semua sebagai satu pakej pada harga menarik.